Sarah tolak permohonan maaf Ruhainies


Sarah tolak permohonan maaf Ruhainies

Wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menolak permohonan maaf secara terbuka dibuat pelakon Ruhainies berhubung kemelut mereka.

Sarah menerusi entri di Instagram Story (IGs) memaklumkan, dia enggan bersemuka dengan Ruhainies kerana serik selepas dua kali ditipu pelakon bertubuh genit itu.

“Sudah dua kali saya beri awak peluang untuk bersikap jujur dengan saya, tetapi dua kali juga awak menipu saya.



“Apa yang membuat awak terfikir yang saya akan mempercayai setiap perkataan dilafazkan.

“Justeru, kenyataan terbuka saya terhadap permohonan maaf awak adalah tidak.

“Terima kasih dan Assalamualaikum,” katanya.

Melalui entri sama, Sarah berkongsi tangkap layar mesej dihantar Ruhainies yang mahu dirinya turut serta dalam pertemuan bersama Bella bagi menjernihkan semula keadaan, sambil membina kehidupan baharu.



Bagaimana, menerusi jawapan balas Sarah terhadap mesej Ruhainies, dia tetap berkeras enggan berbaik dengan pelakon drama rantaian Bintang itu sambil memberitahu cukup mengenali Aliff.

“Awak tahu saya sangat mengenali Aliff bukan? Sudah-sudahkah menipu saya kerana ia sangat menjengkelkan.

“Dia (Aliff) boleh mesej saya secara peribadi dan sebab saya sudah nyah sekat telefon bimbitnya,” kata Sarah.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.



Menerusi perkongsian dibuat dalam IGs, awal pagi ini, Ruhainies turut berharap dapat bersemuka dengan Bella dan Sarah bagi memperbetulkan keadaan.

Ia rentetan pelbagai pendedahan dibuat Sarah dalam IGs yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.



Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. BH

Sarah tolak permohonan maaf Ruhainies

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker