Revolusi ekonomi melalui inisiatif bank pekerjaan – Shahril Sufian Hamdan
SHAH ALAM – Kerajaan dicadangkan untuk melaksanakan inisiatif skim jaminan pekerjaan atau ‘Job Bank’ (bank pekerjaan) bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara untuk jangka masa panjang dan melestarikannya dengan sebuah revolusi model ekonomi baharu.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, idea itu boleh direalisasikan kerajaan melalui Belanjawan 2021 dengan cara membelanjakan sejumlah kewangan untuk menggajikan lebihan bekalan buruh untuk melaksanakan aktiviti membina model ekonomi berpaksikan keperluan masyarakat.
Menurutnya, kerajaan ketika ini seharusnya mengambil kesempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi yang lazimnya tidak akan terlaksana melalui kebergantungan kepada sektor swasta.
“Antara penyakit asas ekonomi sekarang adalah pengangguran. Terdapat 800,000 individu ketika ini sedang menganggur dan akan datang ada 300,000 ke 500,000 lagi anak muda yang tamat pengajian bakal memasuki pasaran pekerjaan dalam masa terdekat.
“Tiada syarikat yang akan secara relanya membelanjakan untuk bersihkan pantai atau mendigitalisasi buku kecuali jika diberi kontrak oleh kerajaan dan pasaran swasta tidak akan membeli aktiviti ekonomi yang berunsur ‘social good’ ini.
Pemimpin Armada sanggah Tokmat, Darurat langkah selamat elak pilihanraya
“Jadi, adakah kita hendak terus dengan situasi sekarang, atau kita mahu menyelam sambil minum air: selesaikan pengangguran di samping membina masyarakat yang lebih murni, moden, hijau, penyayang?” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Mengulas lanjut, Shahril dalam kenyataan yang sama telah memberikan beberapa contoh aktiviti ekonomi yang memberikan manfaat kepada masyarakat antaranya ialah dalam sektor kesihatan, pendidikan, kebajikan dan alam sekitar.
“Dalam bidang pendidikan, mungkin tiada keperluan mendesak untuk menambah guru, tetapi kerajaan boleh menyediakan tenaga kerja pembantu guru di seluruh negara bagi menjawab keluhan tenaga pengajar yang dibebani tugasan kertas kerja atau ‘administrative tasks’?
“Bagi kebajikan pula, kerajaan boleh melatih dan menyediakan tenaga buruh untuk menjaga golongan sakit dan tua di rumah masing-masing. Mengapa hanya pesakit T20 mampu bayar untuk jururawat swasta manakala B40 terpaksa bergantung kepada ahli keluarga yang mungkin terpaksa berhenti kerja?
“Selain itu, usaha kerajaan juga boleh menggerakkan usaha mendigitalisasi dokumen tertentu baik dari segi indexing mahupun mendigitalisasi peta dengan menggaji pekerja di perpustakaan dan agensi Kerajaan di negara ini yang masih menggunakan sistem pemfailan manual,” ujarnya.
Pejuang ucap selamat maju jaya selepas Maszlee umum keluar parti
Tambah beliau lagi, industri teknologi hijau negara juga dapat dipertingkatkan melalui idea tersebut sekiranya kerajaan mengambil kira untuk menggajikan para pakar dan juga individu yang berkelayakan.
Jelasnya, idea job bank tersebut juga dalam masa yang sama boleh memberikan nilai tambah dan memudahkan mereka melaksanakan transisi kepada pekerjaan yang mereka mahukan apabila pasaran kerja telah pulih.
“Lebih mudah mendapat kerja ‘glamour’ swasta tersebut kelak jika dalam ‘CV’ ada pengalaman kerja dan bukan sebaliknya kelompongan menganggur (majikan lebih rela mengambil pekerja yang tidak menganggur terlalu lama),” jelasnya.
Mengenai anggaran kos perbelanjaan yang perlu diperuntukkan kerajaan untuk idea tersebut, beliau berkata, ia tidaklah terlalu besar dan berada di luar imaginasi dan kemampuan kerajaan untuk dilaksanakan.
“Berapa anggaran kos? Bayangkan jika secara purata, tenaga kerja di bawah skim ini dibayar RM1,500 sebulan. Andaikan maksimum 1 juta orang mengambil skim ini. Jumlahnya ialah RM1.5 bilion sebulan dan RM18 bilion untuk setahun.
“Memang banyak, tetapi jika kerajaan boleh belanja berbilion untuk perkara lain, mengapa tidak untuk satu revolusi pasaran kerja yang menangani beberapa masalah dengan ‘secara langsung bukan secara segan-segan dan tidak langsung?
“Tambahan lagi, pengangguran bukan ‘percuma’ untuk Kerajaan. Tetap ada kos baik dari segi perbelanjaan tunai dan kebajikan oleh agensi-agensi kerajaan atau dari segi kos sosial tidak langsung yang mungkin lebih besar daripada RM18 bilion,” katanya.
Larangan berbaju Melayu tak relevan – Muafakat Nasional Selangor
You must be logged in to post a comment.