Pejuang ucap selamat maju jaya selepas Maszlee umum keluar parti

Pejuang mengucapkan selamat maju jaya kepada Maszlee Malik selepas beliau menarik diri daripada parti baru pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu.

Setiausaha agung penaja parti itu, Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada ahli Parlimen Simpang Renggam itu atas sumbangan yang diberi selama ini.

”Pejuang mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha beliau yang akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu hari ini Maszlee mengumumkan menarik diri daripada Pejuang dengan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan “dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci” mengenai aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.



Pengunduran Maszlee berlaku di tengah-tengah spekulasi berhubung status kedudukannya dalam parti itu selepas nama beliau tidak dilihat dalam satu kenyataan bersama semua ahli Parlimen Pejuang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, pembantu Mahathir mendakwa Pejuang dan Maszlee berpatah arang selepas bekas menteri pendidikan itu membuat keputusan untuk menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di Facebook, pembantu itu berkata, Maszlee didakwa menandatangani perakuan berkanun (SD) untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri. FMT

Syed Saddiq tidak sertai Pejuang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker