Safawi minta peminat jaga adab

Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid memohon peminat bola sepak negara supaya menjaga adab dan nama Malaysia terutama di laman sosial rasmi kelabnya, Portimonense SC.

Jelas Safawi, dia sedar harapan tinggi yang diletakkan oleh jutaan penyokong bola sepak tanah air yang mahu melihat dirinya beraksi di Portugal selepas menyertai kelab itu pada awal bulan lalu.

Katanya, dia sudah berusaha melakukan yang terbaik bagi memikat perhatian barisan kejurulatihan namun rezekinya belum sampai.

Lantas, pemain kaki kiri berbisa yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim itu berharap semua pihak bersabar dan mendoakan kejayaannya di sana.

“Saya harap penyokong bersabar. Saya tahu mereka tidak sabar untuk melihat saya tampil buat kali pertama tetapi kita jaga adab kita dan nama Malaysia kita. Apapun, terima kasih sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Insya-Allah sampai rezeki saya, saya akan membuatkan penyokong gembira,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Safawi, dia tidak tertekan dengan tindakan penyokong yang meletakkan harapan tinggi di bahunya.

“Bagi saya, tiada tekanan kerana kita tidak boleh mengawal mereka. Tetapi saya harap mereka dapat menjaga adab kita di media sosial kerana rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa yang tinggi.

“Alhamdullilah hampir sebulan saya di sini, banyak perkara yang sudah saya pelajari. Apa yang penting saya perlu kuat untuk disenaraikan dan mendapat peluang beraksi,” katanya.

Kata pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi, dia tetap menghargai peminat bola sepak negara yang sentiasa menyokongnya dan menganggap mereka adalah tulang belakang di atas kejayaannya selama ini.

Pada aksi Liga Primeira kelmarin, Portimonense SC itu tumbang 1-2 kepada kelab Santa Clara dan kekalahan itu menyaksikan Portimonense SC menghuni tiga tangga terbawah liga dengan empat mata daripada enam aksi setakat ini. HM

Peminat kena kelentong, Safawi tak main lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker