Tuntut ‘hutang’ tiga ikan kembung

Bangkok: Selepas tiga hari hilang, seekor kucing di Thailand akhirnya pulang ke pangkuan pemiliknya.

Bagaimanapun, apa yang menggelikan hati, terdapat nota yang ditemui pada leher kucing berkenaan.

Portal Kompas melaporkan berdasarkan nota dalam Bahasa Thai berkenaan, seorang lelaki menuntut ‘hutang’ tiga ikan kembung.

Ia dipercayai daripada seorang peniaga ikan yang memberi kucing itu makan ketika kucing itu tidak pulang ke rumah.

“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.

“Saya berikannya tiga ekor ikan,” pesanan ringkas di dalam nota berkenaan.

Lebih menggelikan hati apabila peniaga ikan dikenali sebagai Bibi May itu turut menyertakan nombor telefonnya.

 

NOTA yang ditinggalkan pada kucing berkenaan. FOTO Facebook
NOTA yang ditinggalkan pada kucing berkenaan. FOTO Facebook

Kisah dan gambar kucing berkenaan dikongsikan oleh individu dikenali sebagai Chang Kuak menerusi satu hantaran di Facebook (FB) miliknya.

Ia mendapat perhatian warganet selepas hantaran (posting) itu tular di laman sosial.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian itu dan mengandaikan kucing berkenaan benar-benar ‘menyesali’ tindakannya.

Sebahagian yang lain menawarkan bantuan untuk menjelaskan ‘hutang’ kucing itu selain memuji kebaikan peniaga berkenaan.

Warganet juga tidak mengambil serius perkongsian itu kerana yakin Bibi May sekadar bergurau dan bukan bersungguh-sungguh untuk menuntut hutang.

Sebaliknya, Bibi May meninggalkan nombor telefonnya dengan harapan pemilik kucing berkenaan boleh menghubunginya.

Ia mungkin bagi mengetahui sama ada haiwan peliharaannya sudah pulang ke rumah pemiliknya dalam keadaan selamat.-BH

Lelaki bunuh tiga ekor kucing di kedai dobi

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker