Mahathir kata Pejuang pimpinan Mukhriz telah tersasar

PETALING JAYA: Asas perjuangan Pejuang sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah “menolak” dirinya yang juga pengerusi penaja gabungan itu dan ahli Pejuang.

“Pejuang sudah tolak GTA maknanya dia (Pejuang) tolak saya sekali lah. Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi.

“Saya melihat aliran Pejuang sudah nampak lain sikit sekarang. Sebab itu saya letak jawatan dan keluar daripada Pejuang,” kata bekas perdana menteri itu menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Mahathir meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar GTA.

Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.

Baki 11 pemimpin yang meninggalkan Pejuang adalah Timbalan Presiden Marzuki Yahya, bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau mahu mengukuhkan GTA dan sedia menerima sesiapa sahaja yang bersih serta mempunyai idealogi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

“(Gabungan lain) kalau nak bekerjasama, kita terima, kita akan terima sesiapa sahaja yang bersih. Setakat ini, kita tidak menerima mana-mana permohonan daripada sesiapa lagi,” katanya ketika ditanya perancangan selepas keluar Pejuang.

Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu, yang diasaskannya pada 2016 selepas keluar Umno.

Ogos lalu Mahathir mengumumkan penubuhan GTA dianggotai Pejuang, dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15.

Namun semua calonnya kalah dan hilang wang deposit termasuk Mahathir serta Mukhriz yang bertanding di Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Pada 16 Dis lalu Mahathir melepaskan jawatan pengerusi Pejuang, tetapi kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA.

Presiden Pejuang, Mukhriz pada 14 Jan lalu mengumumkan parti itu menarik diri daripada GTA bagi mengukuhkan kedudukannya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker