Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar – Syed Abu Hussin

Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar – Syed Abu Hussin

“Kita tunggu 28 Februari ini, mungkin akan ada beberapa orang lagi yang akan sokong PMX,” dakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berhubung pendirian Ahli Parlimen pembangkang yang akan mengumumkan sokongan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebelum ini, saya umum 8, campur tiga, campur lima dan semuanya 16 orang.



“Jadi kita tunggu dan tengok berapa orang lagi yang akan sokong PMX,” katanya dalam sidang media selepas Program Jualan Rahmah di Changkat Jering, hari ini.

Dakwanya, beliau bukanlah ‘broker’ kepada beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan pada kerajaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya bukan broker. Saya cakap perkara betul dan saya tak cari pun mereka.

“Apa yang boleh saya maklumkan, pembangkang buat kerja sia-sia, tak mungkin secara logiknya orang nak masuk pembangkang.



“Yang ada sekarang pun tak terjaga,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), beliau menegaskan sedia menerimanya, namun akan turut mengambil tindakan sama.

“Jika mereka ambil tindakan undang-undang, saya terima dan akan lawan di mahkamah.

“Tapi tindakan mereka sia-sia sebab dalam Perlembagaan BERSATU tiada sebarang tindakan boleh diambil selagi tidak meninggalkan parti.



“Saya dan rakan-rakan lain tidak tinggalkan parti cuma sokong kerajaan,” katanya.

Katanya, beliau tidak mahu menjadi seperti lembu dicucuk hidung kerana sudah setahun pembangkang cuba jatuhkan kerajaan dan sebab itulah beliau menyokong kerajaan untuk kesejahteraan dan kemudahan rakyat di kawasan Bukit Gantang. BH

Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar – Syed Abu Hussin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker