Hina Agong: ‘Berapa Kali Dah Berlaku?’ – Polis Siasat Lelaki Hina Agong & Islam di FB

Polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ho Ruey Terng  yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan perkataan-perkataan kesat. Perkara itu turut menimbulkan kemarahan netizen dan mendapat perhatian pihak polis.

Ketua negara kita tak boleh buat apa-apa semasa pandemik. Hanya tahu guna tax orang saja.



Dalam posting tersebut, individu itu mendakwa baginda Yang di-Pertuan Agong gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19) dan hanya mengaut keuntungan dalam politik. Malah lebih teruk dia turut menyentuh isu perkauman dan agama dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya dilontarkan sebagai rakyat Malaysia.

Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya giat menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perkara ini membuatkan ramai naik angin dan berharap agar pihak polis ambil tindakan sewajarnya. Tak kurang juga yang menggesa pihak polis agar membuang kerakyatan bagi individu yang berani menghina Yang di-Pertuan Agong.



Mohon jangan berlembut

Orang ramai turut berharap agar pihak polis tidak lagi berlembut dengan individu seperti ini memandangkan ini bukan kali pertama. Perkara ini dilihat berulang kerana tiada tindakan keras dilakukan kepada mereka.

Buang terus kerakyatan

Walau bagaimanapun, individu terbabit mengaku tidak bersalah dan mendakwa akaun Facebook miliknya sudah digodam (hack). Dia turut memaklumkan akan membuat laporan polis secepat mungkin.



Hina Agong: Polis siasat pemilik Facebook Ho Ruey Terng

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.



“Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu ‘posting’ di laman sosial Facebook yang dimuat naik Ho Ruey Terng berhubung satu kenyataan yang berbaur hasutan dan menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit mengeluarkan kata-kata kesat apabila dikaitkan dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19).



Bagaimanapun, hasil carian mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya.

Sumber : Sinar Harian

Kredit: OhBulan

Lucut kerakyatan pihak biadab hina Jata Negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker