‘Abang rider’ selamatkan wanita

‘Abang rider’ selamatkan wanita

Beijing: Seorang pekerja penghantaran makanan di China dipuji sebagai hero selepas dia berani terjun 12 meter dari jambatan untuk menyelamatkan seorang wanita yang lemas, lapor South China Morning Post (SCMP).

Portal itu melaporkan insiden itu berlaku pada 13 Jun, apabila wira berkenaan Peng Qinglin ternampak seorang wanita sedang bertarung nyawa kelemasan di Sungai Qiantang ketika Peng melalui jambatan semasa bertugas menghantar makanan kepada pelanggan.



Dalam video tular di media sosial China, lelaki berusia 31 tahun itu boleh dilihat memanjat pagar jambatan setinggi 12 meter dan melompat terjun ke dalam air, dalam usaha menyelamatkan wanita itu.

Dia berenang ke arah wanita itu dan membawanya ke tangga dipasang di jambatan.

Tidak lama kemudian, polis dan bot penyelamat tiba di tempat kejadian dan menyelesaikan penyelamatan dalam masa 10 minit.

Wanita itu terselamat daripada pengalaman pahit itu dan kini berada di hospital untuk pemerhatian.



Dalam temu bual dengan China Blue News, Peng berkata, dia pada mulanya takut kerana ketinggian jambatan itu, tetapi akhirnya memutuskan untuk terjun ke dalam air.

“Ia agak tinggi, dan kaki saya menggeletar. Namun, jika saya tidak melompat terjun, wanita itu mungkin tidak akan terselamat. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa.

“Saya hanya seorang penghantar barang seperti ramai yang lain. Jika saya berjumpa dengan orang dalam bahaya, saya pasti akan menghulurkan bantuan,” katanya dalam temu bual selepas kejadian itu.

Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian berkata, perkataan pertama yang diucapkan Peng selepas dia kembali ke daratan ialah ‘Alamak, penghantaran saya akan lewat’, lapor Straits Times.



Takut didenda atas kelewatan itu, dia segera menyelesaikan penghantarannya. Syukurlah, syarikat tempat dia bekerja memahami situasi.

Video kejadian itu tular dengan orang ramai memuji pemikiran pantas dan keberanian Peng.

Pihak berkuasa polis Hangzhou menganugerahkan dia gelaran khas selain diberikan hadiah wang tunai 30,000 yuan (kira-kira RM19,392) atas keberaniannya.

Syarikat tempat Peng bekerja juga menghadiahkannya anugerah wang tunai 50,000 yuan (RM32,320) dan peluang belajar di kolej secara percuma.



Sementara itu, wanita yang diselamatkannya berada dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya.

Wanita itu mendedahkan bahawa kejadian berlaku kerana dia menghadapi tekanan hidup yang terlalu membebankan lalu terjun ke dalam sungai.
HM

‘Abang rider’ selamatkan wanita

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker