Digelar BLACKPINK Malaysia, Dolla dedah sejarah penubuhan kumpulan (video)


Berkongsi sejarah penubuhan Dolla, pada awalnya mereka saling tidak mengenali dan hanya bertemu ketika sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

Sejak awal kemunculannya menerusi Dolla Make You Wanna, kumpulan penyanyi wanita baharu Dolla mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan genre seakan pop Korea serta menunjukkan tarian yang cukup rancak.

Ada Keunikan Tersendiri

Dengan konsep tersebut ada yang menggelarkan mereka sebagai BLACKPINK Malaysia dan tidak kurang ada juga yang melihat mereka seakan ingin meniru konsep kumpulan penyanyi wanita tempatan, De FAM. Menjawab dakwaan itu, Dolla beranggapan persamaan yang dilihat oleh peminat adalah secara kebetulan dan menganggap setiap kumpulan punyai kelainan dan keunikan tersendiri.



“Kami dapat banyak komen mengenai kononnya meniru konsep sesetengah kumpulan termasuk De FAM. Niat kami bukan ingin meniru sesiapa, mungkin ada persamaan tetapi masing-masing ada suara dan gaya tersendiri” ulasnya

Single Pertama Muncul Debut

Dalam pada itu, mereka begitu bersyukur dan gembira kerana single pertama mereka diterima baik oleh peminat apatah lagi ianya dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.



“Kami lancarkan lagu ini pada 20 Mac iaitu ketika negara berhadapan dengan PKP. Kami akui semasa awal promosi ianya agak perlahan kerana kami tidak boleh bergerak kemana-mana termasuk stesen radio dan televisyen. Selepas PKP,Alhamdulillah kami boleh promosikan semula lagu ini dan kami tak rasa ianya terlambat untuk dipromosikan buat peminat kerana ianya diterima dengan baik” kata Dolla kepada Murai.my

Kongsi Sejarah Penubuhan

Berkongsi sejarah penubuhan Dolla, pada awalnya mereka saling tidak mengenali dan hanya bertemu ketika sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan antara kriteria yang dicari mereka adalah berkebolehan menyanyi dan menari.

“Sebenarnya kami tak kenal pun satu sama lain. Kami digabungkan oleh pihak pengurusan menerusi ujibakat dan disitulah kami mula bertemu”



“Mereka mencari penyanyi dan penari. Ketika ujibakat, memang hampir semua genre kami kena buat termasuklah menyanyi dan menyanyikan lagu-lagu rap.Alhamdulillah, kami senang dapatkan keserasian kerana semuanya ‘sekepala’” dedah mereka lagi

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Dolla berkongsi khabar gembira bahawa mereka akan tampil dengan sebuah lagi single baharu pada penghujung bulan ini.



“Kami baru sahaja selesai rakamkan single kedua dan Insyallah akan keluar pada penghujung Oktober. Judulnya adalah Impikan dan genre yang bakal ditampilkan adalah EDM”

“Kami masih lagi dalam percubaan mencari genre yang sesuai. Single kedua adalam EDM dan single ketiga nanti tengoklah bagaimana. Tetapi semuanya dikekalkan dalam linkungan Pop” katanya. My

Revolusi luar biasa BLACKPINK



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker