Injap jantung Hattan tersumbat

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Biso Bonar, Datuk Hattan, 56, berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan berikutan injap jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini.

Memuat naik status menerusi laman Facebook, Hattan memaklumkan dirinya berada dalam terkawal selepas tiga hari menerima rawatan.

“Alhamdulillah, suami sudah boleh pulang ke rumah selepas tiga hari mendapat rawatan. Keadaannya juga semakin baik.



“Mengikut laporan pemeriksaan, suami berdepan dengan injap jantung yang tersumbat. Dengan izin-Nya, insya-Allah boleh sembuh dengan makan ubat yang disyorkan dan tak perlu membuat ujian angiogram.

“Tahap kolestrol tinggi, jadi kena dipantau dan dijaga. Bagus juga timbul kesedaran nak terus buat pemeriksaan lanjut apabila rasa tak kena pada peringkat awal,” katanya kepada BH Online.

 

Isteri, Datin Arianie Mohd Abidin kena sentiasa memantau pemakanan dan kesihatan suaminya, Datuk Hattan yang berdepan dengan penyakit injap jantung tersumbat. - Foto Datin Arianie Mohd Abidin
Isteri, Datin Arianie Mohd Abidin kena sentiasa memantau pemakanan dan kesihatan suaminya, Datuk Hattan yang berdepan dengan penyakit injap jantung tersumbat. – Foto Datin Arianie Mohd Abidin

Arianie berkata, suaminya mengadu sakit dada, sejak beberapa hari lalu.



“Suami rasa sakit pada bahagian dada dan tangan kebas. Tanpa membuang masa, saya terus membawanya mendapatkan rawatan.

“Secara kebetulan, dalam sejarah keluarganya ada yang sakit jantung. Jadi, tak mustahil penyakit yang sama boleh kena padanya,” katanya.

Katanya, dia kini juga umpama jururawat tidak bertauliah memantau pemakanan dan kesihatan suami.

“Makanan berminyak yang berkolestrol tinggi tak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Saya kena pastikan suami makan pada tepat waktu. Bersenam juga kena titik beratkan.



“Saya kena bertegas dalam hal ini demi kebaikannya,” katanya-BH

https://mykmu.net/2017/05/18/pm-lawat-abdul-hadi-di-ijn/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker