Henti bincang gabungan baru – Salleh

Henti bincang gabungan baru – Salleh

Seorang bekas menteri menyeru Umno mengelakkan daripada membincangkan soal gabungan dengan parti lain sebaliknya menumpukan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).

Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak berkata ini kerana perbincangan itu hanya akan menguntungkan pihak lawan.



Menurutnya, seorang ahli politik yang bijak tidak sepatutnya menilai prospek masa depan gabungan politik semasa, di mana ia menjadi kepentingan politiknya.

“Ia bukan persoalan sama ada kita bersama mereka yang tidak bersalah atau bersalah, popular atau tidak popular. Sebaliknya, kita patut pertimbangkan apa yang terbaik dalam kepentingan politik kita,” katanya dalam catatan Facebook.

Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata: “Soalan siapa dan bagaimana gabungan kita pada masa akan datang bukanlah isu pada hari ini. Sekiranya kita membuka perbincangan tentang perkara ini, ia hanya akan memberi faedah kepada musuh politik kita.”

Katanya, Umno sepatutnya menggunakan peluang dengan bijak apabila berada dalam kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi negara.



Ahad lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata kerjasama PH-BN akan diteruskan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis “bersetuju” bayangan diberikan Zahid itu, yang didakwanya memudahkan pengundi Melayu membuat pendirian awal.

Terdahulu hari ini, Hassan Karim daripada PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu, tidak hanya “menumpang dahan” PH pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-BN kini. FMT



Henti bincang gabungan baru – Salleh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker