Disangka lelaki ingin berkenalan, “Setelah 4 tahun jadi single mom…rupanya…” – [ VIDEO ]

Setiap orang pasti pernah mengalami saat-saat getir dalam kehidupan. Ditambah pula dengan membesarkan anak seorang diri membuatkan seorang ibu tunggal terpaksa berkorban dalam apa jua keadaan demi membesarkan anaknya termasuklah dari segi memberi nafkah, keselesaan tempat tinggal dan sebagainya.

Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini yang turut merupakan ibu tunggal selama empat tahun. Baru-baru ini, wanita itu telah berkongsikan sebuah video dimana terdapat seorang lelaki yang dikatakan telah mengadakan perbualan dengannya.

Sebagai ibu tunggal, dirinya sangat teruja apabila terdapat seorang lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Oleh itu, wanita tersebut telah pun bersetuju untuk berjumpa dengan pemuda berkenaan dengan perasaan yang sangat teruja sehingga mencuba pelbagai pakaian di dalam almari. Sebaik sahaja wanita itu tiba di kawasan yang dijanjikan, dia akhirnya bertemu dengan lelaki tersebut.

Setelah hampir 10 minit berbual, rupa-rupanya wanita itu menyedari bahawa pemuda berkenaan tidak mempunyai tujuan untuk berkenalan akan tetapi hanya ingin memberikan perkhidmatan insurans kepadanya.

Rata-rata warga netizen berasa lucu dengan situasi terbabit di samping turut terhibur setelah mengetahui maksud ‘ingin melindungi’ wanita berkenaan. Posting itu telah mendapat tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 65.8 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.



“Sekarang kita dah faham maksud melindungi…”

 

“Kena scam…”



 

“Comel je perempuan tu…”



Kredit: Himpunan Cerita Lawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker