Penduduk kampung gempar buaya muncul di pantai Kuala Besut

BESUT: Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.

Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas dihubungi penduduk bagaimanapun gagal mengesan reptilia berkenaan.

Jelas penduduk kampung tersebut, ia kejadian pertama seumpamanya berlaku di kawasan terbabit.

“Saya balik kerja tadi lepas Zohor, lepas tu dengar bunyi riuh budak-budak bersorak, mengatakan ada buaya.



Menurut penduduk kampung itu lagi, haiwan itu dikatakan berukuran lapan kaki.

Difahamkan, pasukan APM akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselematan penduduk sekiranya buaya berkenaan kembali ke kawasan tersebut-Awani

 

Buaya dan Pekebun Sama – Sama Terkejut Dalam Kebun Sawit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker