Mati lima tahun lebih awal jika obes pada usia pertengahan

WASHINGTON – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mencadangkan bahawa seseorang individu akan mengalami pengurangan jangka hayat sehingga lima tahun sekiranya menjadi obes pada usia pertengahan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian itu dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Northwestern di Chicago dan diterbitkan menerusi jurnal JAMA Network Open.

Mereka menjalankan kajian terhadap hampir 30,000 orang yang berusia sehingga 50 tahun. Hasilnya mendapati bahawa individu yang mempunyai berat badan sihat secara purata meninggal dunia pada usia 82.3 tahun.



Individu dalam kategori paling gemuk atau ditakrifkan mempunyai indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 40 pula dijangka mampu hidup hanya sehingga berusia 77.7 tahun.

Mereka yang mengalami obesiti sederhana iaitu kira-kira satu perempat daripada orang dewasa di Britain dan hampir separuh penduduk AS pula akan hilang jangka hayat selama hampir dua tahun.

Bagaimanapun, hampir tiada perbezaan dalam jangka hayat yang dikesan antara individu yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI antara 25 dan 29).

Penyelidik bagaimanapun tidak membahagikan hasil kajian mengikut punca, namun menyatakan bahawa orang gemuk lebih berkemungkinan mengalami komorbiditi.



Ini kerana berat badan berlebihan akan menyebabkan keradangan dan timbunan lemak berkembang dalam arteri, seterusnya memberi tekanan pada jantung dan organ penting yang lain.  – Agensi

Mati lima tahun lebih awal jika obes pada usia pertengahan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker