Acu pisau diperut, wanita disamun di Sentul

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun penjenayah bersenjatakan pisau di sebuah pangsapuri di Sentul Utara dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 30 tahun pada jam 12.02 tengah malam Sabtu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 malam Jumaat, mangsa telah menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat lima.



“Suspek berbaju dan seluar hujan warna hitam serta bertopi keledar warna biru telah masuk ke dalam lif tersebut dan keluar di tingkat empat di pangsapuri itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Sukarno berkata, setibanya di tingkat lima, mangsa sedang berjalan keluar dari lif, tiba-tiba suspek muncul lalu mengacukan pisau ke perut mangsa.

“Suspek telah memaksa mangsa mengeluarkan semua barang miliknya iaitu sebuah telefon bimbit, kad bank dan dokumen peribadi yang bernilai RM 6,500,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian telah melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.



“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. Kita kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti suspek,” katanya.

Ahmad Sukarno berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker