Bukan Sekadar Jam, Apple Watch Siri 3 Edisi Nike Selamatkan Nyawa Lelaki Ini!
Masalah kesihatan ini tidak kira anda muda atau tua kalau nak sakit, sakit juga.
Apple Watch Edisi 3 ini berharga RM849.00 dan akan memberi notifikasi kepada kita sekiranya telah mencapai sasaran bagi setiap aktiviti yang dilakukan
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi cerita tentang kawannya yang mempunyai masalah dalam pernafasan dan Apple Watch telah menjadi asbab penyelamat kepada kawannya itu.
Lelaki itu berkata semasa dia dan kawannya outing di Kuala Lumpur, kawannya mengadu badan kurang selesa dan lemah.
Disebabkan hal tersebut, mereka decide untuk balik ke rumah dan semasa perjalanan balik, kawannya mendapat satu notifikasi daripada Apple Watch yang menjelas bahawa denyutan jantungnya agak tinggi.
Lelaki itu juga menjalani ujian Covid-19 dan didapati negatif.. Alhamdulillah
Kawannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan semasa di wad, pelbagai ujian telah dijalankan kerana dia mempunyai sejarah keluarga yang ada penyakit jantung,
Susulan dari rawatan itu, kawannya telah keluar dari wad dan menunggu untuk mengenal pasti punca penyakitnya.
Ternyata Apple Watch mampu menjadi asbab untuk menyelamatkan nyawa seseorang
Hal ini kerana jika notifikasi tersebut tidak dapat dikesan dengan cepat, kita tak tahu apa yang bakal terjadi kepada kawannya.
Menurut @XavierNaxa, ramai dalam kalangan kita merasakan sihat atas faktor usia yang muda, namun kita tidak tahu jika kita bakal mengalami masalah kesihatan kelak.
“Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Bagi saya penggunaan jam pintar sangat membantu dalam memantau kesihatan kita.” katanya.
Jagalah diri kita sebaiknya, kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan kelak. Jika badan kurang sihat, cepat-cepat lah ke hospital. Says
Apple Watch Series 6, iPad Air baharu antara tumpuan pelancaran produk Apple bagi 2020
You must be logged in to post a comment.