Butik Pakaian Brands Outlet Paradigm Mall Sahkan Salah Seorang Pekerja Positif COVID-19

Padini Holdings Berhad mengesahkan seorang daripada pekerjanya telah disahkan positif Covid-19 hari ini (5 Oktober 2020). Pengesahan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Brands Outlet di mana pekerja tersebut dari outlet Paradigm Mall.

“Padini Holdings Berhad mengesahkan bahawa pada 05 Oktober 2020, salah seorang kakitangan kami telah disahkan positif COVID-19 di Brands Outlet (Lot CF05 & CF07, Concourse, Paradigm Mall, Jalan SS7 / 26a, SS7, 47301, Petaling Jaya, Selangor) dan pesakit kini mendapat rawatan perubatan”-tulisnya di Facebook.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga menutup sementara butik pakaian tersebut dan akan menjalani proses pembersihan yang mendalam.

“Seiring dengan panduan Kementerian Kesihatan, tindakan kami adalah untuk melakukan pengesanan kontak rapat. Kami akan menutup sementara outlet tersebut untuk mengurangkan risiko jangkitan, menjalani proses pembersihan yang mendalam”

Terdahulu, pusat membeli belah terkenal di Bandar Utama, 1 Utama telah mengesahkan bahawa kakitangan dari salah satu kedai mereka telah disahkan positif Covid-19. Individu yang terlibat adalah pekerja di Mac City Service Center (Lot S330, Tingkat 2, 1 Utama).

Sumber : Murai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker