Mahathir : Saya tidak akan tanding PRU15. Anda percaya ?

Mahathir pernah kata tak akan kembali jadi perdana menteri, akhirnya kembali. Sekarang kata tak akan bertanding Pru 15, samada temberang atau takut kalah?

Ikuti kenyataan Mahathir.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau dipetik Kyodo News berkata akan terus melawan rasuah melalui parti barunya, Pejuang.



“Saya mahukan sedikit masa lagi tetapi saya fikir saya akan berkhidmat hanya untuk tempoh yang pendek.

“Tetapi saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15,” kata beliau pada wawancara di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.

Dr Mahathir, 95 tahun memegang rekod sebagai ketua kerajaan paling berusia yang dipilih di dunia selepas PH menang pilihan raya Mei 2018.

Beliau juga merupakan bekas perdana menteri yang paling lama mentadbir Malaysia, selama 22 tahun dari 1981 ke 2003.



Beliau kini menentang kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilabelnya sebagai “pengkhianat.”

Dr Mahathir percaya kerajaan baru PN telah mengikut cara lama pentadbiran Barisan Nasional yang didakwanya mengamalkan rasuah.

“Malangnya begitulah. Selama tiga bulan setelah Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya tidak membuat sebarang komen kerana saya ingin melihat prestasi mereka.

“Sayangnya, ia telah berubah menjadi rasuah, membeli sokongan untuk parti pemerintah.



“Walaupun melakukan semua itu, ia hanya ada dua majoriti ahli parlimen,” katanya lagi dalam wawancara bersama Kyodo News.

Beliau merujuk sokongan Muhyiddin di kalangan 222 ahli parlimen, yang mana kerajaan PN kini memiliki dokongan 113 anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, kedudukan Muhyiddin dilihat tergugat susulan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan mencukupi di parlimen. Mk

https://mykmu.net/2018/02/24/rakyat-takutkan-dia-lebih-dari-firaun/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker