Malaysia bangkit tumbangkan Jepun

GANDINGAN Anna (kiri) dan Mei Xing memastikan kemenangan mutlak pasukan negara apabila mencatat kemenangan mudah 21-12, 21-5 ke atas Akechi-Gunji pada perlawanan terakhir di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

KETINGGALAN 0-2 nyata tidak memberi masalah kepada skuad badminton wanita negara apabila bangkit melakar kemenangan 3-2 ke atas juara bertahan, Jepun dalam aksi sulung Kumpulan Y pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu, pasukan negara ketinggalan dua mata selepas dua perseorangan wanita, S. Kisona dan Eoon Qi Xuan tewas kepada lawan masing-masing.

Kisona akur dengan kekalahan 12-21, 16-21 kepada pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Remaja Dunia, Natsuki Naidara, manakala Qi Xuan tewas 17-21, 7-21 kepada perseorangan kedua Jepun, Riko Gunji.

Bagaimanapun, perseorangan ketiga negara, Siti Nurshuhaini Azman menyemarakkan kembali semangat pasukan Malaysia apabila menang 21-16, 22-20 ke atas Hina Akechi sebelum Pearly Tan-Valeree Siow menyamakan kedudukan 2-2 selepas menewaskan Rui Hirokami-Yuna Kato 24-22, 21-18.

Kemudian, gandingan Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing memastikan kemenangan mutlak pasukan negara apabila mencatat kemenangan mudah 21-12, 21-5 ke atas Akechi-Gunji dalam perlawanan terakhir.

“Sebenarnya saya agak gementar pada perlawanan tadi kerana ini adalah kejohanan berpasukan pertama yang saya sertai. Bagaimanapun, kami dapat bermain dengan baik dan fokus pada perlawanan.

“Memang ada tekanan untuk dapatkan mata kemenangan tetapi tumpuan yang diberikan terhadap perlawanan membantu kami untuk menang. Selepas kemenangan Siti dan Pearly-Valeree, ia berjaya membakar semangat kami berdua,” kata Yik Cheong sejurus tamat perlawanan.

Malaysia berpeluang untuk mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir pada edisi di Manila, Filipina dua tahun lalu sekiranya mampu melakar kemenangan ke atas India pada aksi terakhir peringkat kumpulan esok.

“Bermain di laman sendiri turut membantu kami menampilkan aksi terbaik. Saya harap kami boleh kekalkan permainan seperti ini apabila turun menentang India esok,” ujar Mei Xing.-KOSMO! ONLINE

Malaysia bangkit tumbangkan Jepun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker