Budak 5 Tahun Dirogol dan Dibakar, Mayat Disumbat Dalam Guni & Dicampak Di Timbunan Sampah

Kejam dan zalim, itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada pembunuh kanak-kanak perempuan yang bernama Marwah.

Seramai 11 orang individu telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan dalam satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa sebenarnya telah diculik, diperkosa dan dibunuh sebelum mayatnya dibakar.Kejadian ini berlaku di Karachi, Pakistan.

Mayat disumbat dalam guni, dibakar

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Times, 2 hari sebelum kejadian, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Marwah ini dilaporkan hilang di kawasan Old Sabzi Mandi. Namun, tidak lama selepas itu mayat Marwah yang disumbat ke dalam guni telah ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran dengan rumahnya.



Menurut pegawai polis yang bertugas iaitu PIB Shakir Husain, dia memaklumkan mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Pusat Perubatan Jinnah Post-Graduate untuk dibedah hasil. Hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa telah diserang secara seksual sehingga menyebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala. Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak yang diculik itu telah dirogol, dibunuh sebelum mayatnya dibakar.

Penduduk buat demonstrasi

Susulan daripada insiden itu, pihak polis telah menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pelaku yang membunuh Marwah dan kini berjaya menahan seramai 11 individu untuk membantu siasatan. Difahamkan, sampel DNA salah seorang individu juga dihantar ke makmal di University of Karachi untuk memastikan penglibatannya dalam jenayah tersebut.



Sementara itu, insiden ngeri yang menimpa kanak-kanak ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat. Selepas berlangsungnya pengebumian Marwah, mereka telah melakukan demonstrasi di Jalan Universiti Utama. Anggota parlimen PTI, Jamaluddin Siddiqi yang turut menghadiri tunjuk perasaan meminta mereka untuk mengosongkan jalan lalu lintas tetapi mereka langsung tidak menghiraukan dan terus melakukan demonstrasi.

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga mendesak supaya pelaku yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal. Malah mereka turut menggunakan tanda pagar #justiceformarwah bagi menuntut keadilan buat mangsa pembunuhan kejam itu. OB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker