Kurangkan dulu subsidi kepada golongan kaya sebelum kembalikan GST – Anwar

Kurangkan dulu subsidi kepada golongan kaya sebelum kembalikan GST – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Melalui wawancara bersama Bloomberg ketika Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken, Perdana Menteri mengakui bahawa GST adalah sistem cukai yang paling cekap dan telus.



“Bila kita (boleh) melaksanakannya? Ia bergantung kepada ambang. Apabila orang ramai hidup dalam kemiskinan yang teruk, anda perlu memperkenalkan dasar cukai progresif, bukannya dasar secara asas yang meluas yang memberi kesan kepada golongan yang sangat miskin.

“Jadi, anda perlu beri sedikit masa, tetapi apakah (ini bermakna) anda tidak melakukan apa-apa? Tidak. Anda perlu meluaskan asas cukai, ia pasti. Tetapi anda perlu mengurangkan subsidi kepada orang kaya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah, rasionalisasi subsidi tidak akan menjadi keputusan popular, tetapi kerajaan mempunyai empat tahun sebelum pilihan raya akan datang.

Justeru, beliau berkata kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi secepat mungkin kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara yang tertinggi di Asia.



Mengulas mengenai pelaburan, Anwar berkata Malaysia memberi tumpuan kepada kejelasan dalam dasar untuk memastikan Malaysia mampu menarik pelaburan seperti yang berjaya dilakukan negara pada 1990-an.

Beliau berkata dengan dasar yang betul dan kejelasan dasar ekonomi, Malaysia boleh melakukan lebih baik daripada 1990-an, disokong oleh tadbir urus yang baik.

“Kami mempunyai pasukan yang mantap dan kami perlu menerima hakikat bahawa kami memerlukan pelaburan. Perlu ada kemudahan untuk berniaga. Mungkin terdapat kejelasan dasar ekonomi.

“Pada asasnya kita ada konsep MADANI, tetapi mengapa saya memanggilnya MADANI? Ia kerana keprihatinan dan belas kasihan. Kita mempunyai isu dalam ketidaksamaan, kita mempunyai rakyat di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, dan beberapa di Semenanjung Malaysia. Kita perlu menangani isu ini.



“Dengan dasar yang jelas, kami dapat menarik pelaburan utama dalam tempoh lima hingga enam bulan dari China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Yang terbesar daripada Infineon Technologies, (yang melabur) lima bilion euro (kira-kira RM24.9 bilion) ke Malaysia. Ini akan sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan,” katanya.

Kerajaan memperkenalkan Ekonomi MADANI bertujuan meningkatkan ekonomi Malaysia, selain Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) untuk mencapai aspirasi bersih sifar gas rumah hijau (GHG) negara seawal 2050.

Selain itu, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 turut diperkenal bertujuan untuk menggiatkan semula sektor pembuatan negara dan meningkatkan pemulihan nilai tambahnya kepada RM587.5 bilion menjelang 2030.



Mengenai pelaburan Tesla, Anwar berkata syarikat itu memutuskan untuk mempunyai ibu pejabat operasinya di Malaysia yang akan dibuka pada akhir Oktober atau awal November tahun ini.

Beliau berkata, terdapat tiga syarikat tempatan Malaysia yang bekerja dengan SpaceX, sambil menambah bahawa Starlink mempunyai sesuatu yang akan memberi manfaat besar kepada Malaysia.

Ketika ditanya dalam sektor mana pelabur harus melabur di Malaysia, Anwar berkata Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan lebih besar dalam transformasi digital, transformasi tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

“Mengenai cukai pelaburan, ia perlu menarik untuk pelaburan… apa sahaja yang perlu dilakukan, apa sahaja yang perlu untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi kompetitif yang menarik untuk pelaburan,” tambahnya. BH



Kurangkan dulu subsidi kepada golongan kaya sebelum kembalikan GST – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker