UMNO Pilihan Kami :Genius Matematik Adi Putra dan Pelakon Dato’ Adi Putra

Share

Pelakon Dato’ Mohamed Hadi Putera atau lebih dikenali Adi Putra telah sah menjadi ahli UMNO apabila menerima kad keahlian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Pelakon drama dan filem yang popular seperti KL Gangster, Makrifat Cinta dan Aku Terima Nikahnya itu juga mendedahkan beliau pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan parti yang lain, namun, beliau memilih UMNO.

“Saya pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan yang lain. Tapi maaf, UMNO pilihan saya.


“Terima kasih Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas keahlian saya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, hari ini sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-63.

Adi Putra turut menulis, ada yang nyatakan Melayu malas, Melayu mudah lupa namun, beliau berpendirian sebaliknya.

“Tapi saya katakan kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) takkan Melayu hilang di dunia. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat – ADP aka JAI.


Sebelum ini Zahid turut menerima borang penyertaan UMNO dari seorang lagi adik Adi Putra Abdul Ghani genius matematik yang dikenali dahulu sewaktu berceramah di Slim River di dalam kempen pilihanraya kecil baru baru baru ini.

Zahid mendoakan Adi Putra Abdul Ghani, seorang genius matematik yang pernah mengemparkan negara dengan kemahiran matematiknya ketika waktu kecil akan menjadi pemimpin UMNO yang gemilang pada masa depan.

“Baru-baru ini bersama anak muda, Adi Putra Abdul Ghani, genius matematik yang menyertai UMNO. Tahniah. Semoga menjadi pemimpin gemilang pada masa hadapan,” kata Ahmad Zahid.

Adi Putra yang lahir 27 Januari 1999, pernah menggemparkan negara dengan kemahiran Matematiknya pada usia yang sangat muda. Ketika itu Adi Putra berusia 6 tahun.


Beliau terkenal dengan kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri.

Kemunculan adik Adi Putra pada program debat Sinar Harian berjudul : ” Apa Pilihan Anak Muda : BN atau Pakatan Harapan pada 10 April 2018 mencuri perhatian hadirin akan kecenderungan beliau terhadap politik tanahair.

Leave a Reply