Ketua Polis Negeri Sembilan patah bahu kiri

SEREMBAN – Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah di bahu kiri apabila terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang.

“Ketika kejadian, beliau sedang menunggang motosikalnya, bagaimanapun telah terjatuh secara sendiri.

“Selepas kemalangan, beliau telah dirawat di Hospital Bentong tetapi telah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk menjalani rawatan lanjut. Keadaan beliau ketika ini stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. – Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker