Identiti Asri Janggut Bocor dan peringatan Ketua Polis Johor

Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam.

Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.

“Kalaulah ada kebocoran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam membocorkan rahsia.



“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota polis saya tangkap dan ada anggota polis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyeludupan syabu… jadi tindakan saya dah ambil.

“Saya nak bagi amaran pada semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol bocorkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.

Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang melanggar integriti kepolisian.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



Seramai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.

Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.

‘Ayahanda kawasan’ tak puas hati Asri viral pusat judi

Pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa ada individu mengaku sebagai ‘Ayahanda’ menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.



Beliau berkata, individu berkenaan menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbit, semalam.

“Individu berkenaan memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan menyatakan tindakan saya itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.

“Saya sudah merujuk perkara itu kepada polis ketika perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan,” katanya ditemui media selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini, hari ini.

Ketika tinjauan itu, Mohd Asri menunjukkan lokasi yang didakwanya dijadikan sebagai premis judi dan rokok seludup di kawasan berkenaan.



Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Mohd Asri berkata, setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berhubung pendedahan itu.

“Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana ketika ini isu masih ‘panas’.

“Saya percaya selepas perkara ini reda, pastinya ada risiko kerana mesti ada yang berdendam kepada saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT,” katanya.



Ditanya mengenai perjumpaannya bersama Ketua Polis Negara, beliau berkata, pertemuan itu diadakan empat mata.

“Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada polis dan meminta saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.

“Dalam perjumpaan itu juga, Abdul Hamid memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara itu.

“Malah, Ketua Polis Negara juga memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau juga tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini,” katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

“Saya sudah memaklumkan kepada polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telefon bimbit miliknya diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjadi agensi pertama menghubungi beliau berkaitan pendedahannya.

Namun, katanya sehingga hari ini beliau belum dihubungi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker