Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri

Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri. Antara 114 Ahli Parlimen, takkan Azmin paling layak dilantik TPM? Kini berlegar desas-desus nama pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri, antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hakikatnya, jika ura-ura itu tepat, lantikan dibuat bukan berdasarkan keperluan negara, sebaliknya hanya untuk membalas budi dan kelangsungan kuasa semata-mata.

Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim yakin rakyat pasti mempersoalkan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebalik lantikan itu.



“Apakah pendekatan yang diguna pakai oleh YAB Perdana Menteri, adakah pendekatan membalas budi atau melihat kepada ketinggian kredibiliti Ahli Parlimen itu sendiri. 

“Kalau sekiranya perlantikan tersebut kerana membalas budi, maka inilah penyakit sebenar yang sedang dihadapi oleh parti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Jelasnya, parti yang ketandusan pemimpin berwibawa dan hanya mampu menonjolkan pemimpin yang bermasalah membuktikan bahawa ia adalah satu parti ‘miskin tegar’ pemimpin berwibawa.

“Di antara 114 Ahli Parlimen yang telah menyokong Datuk Seri Ismail Sabri, apakah Azmin yang paling layak untuk menggalas tugas TPM?,” soalnya lagi.



Malang andainya berlaku, ia bermakna pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti rakyat mesti memilih calon yang berwibawa. 

“Rakyat perlu memilih muka baharu yang mampu membawa nafas politik segar dan mampu membina semula negara ini. 

“Pemain-pemain politik lama perlu rakyat rehatkan.

“BERJASA tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa lantikan jemaah menteri mesti dilantik berdasarkan keperluan negara. Negara sangat penting ditadbir urus oleh MP yang bersih berintegriti dan berwibawa,” katanya.



Terdahulu, media melaporkan bahawa Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Bersatu untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu sumber, faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan sokongan Ahli-ahli Parlimen Bersatu.

Selain Azmin, nama yang turut disebut-sebut sebagai calon ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PM mengadap Agong esok pagi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker