Salahguna jawatan, pegawai belia sukan direman tiga hari

SHAH ALAM: Seorang pegawai belia dan sukan sebuah universiti tempatan direman tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan berkaitan kes penyalahgunaan kuasa dan jawatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam, tengah hari tadi.

Semalam, SPRM Selangor menahan pegawai belia lelaki itu berusia 42 tahun kira-kira pada jam 3 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber berkata, pegawai belia itu yang juga memegang jawatan sebagai setiausaha dan pengurus kelab bola sepak universiti itu, menggunakan kedudukannya dalam memilih satu syarikat bagi menjadi ejen pengurusan membawa masuk pemain import ke kelab itu yang mana beliau mempunyai kepentingan terhadap syarikat terbabit.



Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes di siasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker