‘Saya tak minta jumpa, tapi saya tuntut Latiff Ahmad lepas jawatan’
Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau tidak pernah meminta untuk bertemu dengan Dr Abdul Latiff Ahmad seperti didakwa menteri luar bandar itu.
Sebaliknya kata Asyraf beliau hanya menuntut supaya anggota parlimen Mersing itu supaya melepaskan jawatan berhubung kenyataan “Umno tidak laku di Sabah”.
“Oh ya ka! Bila saya minta untuk berjumpa? Yang saya tuntut YB kena letak jawatan Mersing dikembalikan kepada Umno,” tulis Asyraf di Facebooknya, hari ini.
Tulisan Asyraf itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Abdul Latiff yang berkata tiada keperluan untuk beliau bertemu bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu.
Terdahulu media melaporkan Abdul Latif bekata beliau tidak bercadang berjumpa dengan ketua pemuda Umno itu.
Kata pemimpin Bersatu itu, sayap Umno berkenaan, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan beliau atau kementeriannya.
“Buat apa saya nak jumpa dia? Dia bukan presiden saya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat perhimpunan bulanan di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata isu berkenaan telah selesai memandangkan permohonan maaf telah pun dikeluarkan.
Semalam, Abdul Latiff yang menyertai Bersatu selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu (PRU14) lalu menerima kecaman pemimpin Umno berhubung kenyataannya bahawa “Umno tidak laku di Sabah”.
“Orang Sabah dia tak panggil lompat, dia panggil hijrah. Biasa dari Berjaya ke PBS, PBS pergi Umno.
“Sekarang ini Umno sudah tak lakulah. Umno, maksud saya parti Umno di Sabah. Itu realitinya kerana (orang) tak yakin. Semua yang lompat juga sudah hijrah ke Bersatu,” kata menteri berkenaan,” kata Abdul Latiff dalam satu rakaman video yang tular.
Sementara itu Asyraf dalam satu hantaran berasingan di Facebooknya mendakwa “Umno, BN masih laku” berdasarkan keputusan undian terhadap penggunaan logo BN bagi PRU15 nanti.
“Setelah berakhir tempoh undian hari ini (semalam) daripada lebih 68,200 yang mengundi 80 peratus atau 54,560 bersetuju bahawa lambang dacing atau BN masih relevan dan wajar dikekalkan.
“Jadi tak betullah yang mendakwa Umno-BN sudah tidak laku,” katanya lagi.Mkini
Menteri Bersatu hina Umno di khalayak ramai.
Penghinaan Menteri Bersatu, “Sekarang UMNO Dah Tak Laku” [Video]
You must be logged in to post a comment.