Menteri Bersatu hina Umno di khalayak ramai.

Menteri Bersatu hina Umno di khalayak ramai, dakwa anggota MT

Umno mendakwa, Ahli Parlimen mereka yang menyertai Bersatu terus menerus menyerang dan menghina Umno di khalayak ramai.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa, antaranya adalah Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang kini menyetai Bersatu dan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Dalam ucapannya di majlis anjuran KEMAS di Tanggaroh 5 Mersing semalam, Datuk Dr Latif Ahmad menghina Umno,” kata Puad menerusi tulisan beliau dalam facebooknya,



Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu, Latif berkata dalam upan beliau itu, “Alif Mim Nun tendang Wau jadi sarkas”.

Dalam tulisan jawi “Alif Mim Nun Wau” adalah ejaan untuk Umno.

“Beliau mengulangi penghinaan itu beberapa kali. Majlis itu turut dihadiri beberapa pemimpin Umno Johor,” kata Puad.

Dr Abdul Latiff meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu pada pertengahan Disember 2019 lalu bersama lima lagi Ahli Parlimen Umno.



Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Puad juga mempertikaikan apakah Umno menolak agama?

“Apakah Dr Latif lupa bahawa semasa PPBM di dalam PH, mereka yang memperkenalkan dan mempertahankan ICERD dan Statut Rome.

“Umno dan Pas yang kuat menentangnya,” kata beliau dalam tulisan itu.



Sebenarnya, kata Puad, yang menjadi sarkas ialah PPBM akibat ramainya “katak politik” seperti beliau.

“Beliau menang kerana Umno. Kaya kerana Umno. Jadi Menteri kerana cuba menjual Umno. Umno terselamat daripada menjadi sarkas, apabila orang seperti beliau keluar dari Umno,” kata Puad.

Sebenarnya, kata Puad, “Bha Rho Sin Alif Tha tendang Wau yang jadi sarkas.

“Ini realiti sekarang,” kata Puad merujuk kepada ejaan Bersatu dalam tulisan jawi.



Malaysia Dateline

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker