Covid-19 : 6 kes baru hari ini

Enam kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, meneruskan trend 1 angka selepas 4 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 13 pesakit sembuh hari ini, dan 63 mangsa sedang dirawat di seluruh negara.

Dua daripada pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian kekal 121 orang sehingga hari ini.



Mengenai kes baru hari ini, Hisham melaporkan semuanya kes import melibatkan 5 warganegara dan 1 bukan warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Tiga kes dari Indonesia, 2 dari Singapura, dan 1 kes dari Mesir. Tiada kes penularan tempatan untuk kali ke-3 pada hari ini,” katanya.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,683 kes Covid-19 dengan 8,499 daripadanya sembuh.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker