Najib jawab menteri PPBM: ‘Mersing kita ambil balik’

Pemimpin Umno, Najib Razak mahu partinya mengambil balik Parlimen Mersing dari tangan PPBM, menjawab menteri parti sekutu itu yang didakwa berkata Umno Sabah “tidak laku”.

Bekas presiden Umno itu berkata penyandang kerusi itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Latiff Ahmad tidak perlu berkata demikian tentang Umno Sabah selepas berhijrah ke PPBM.

“Mersing kita ambil balik,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Latiff, menurut laporan laman kelab penyokong kerajaan Perikatan Nasional, PNBBC, memohon maaf sekiranya kenyataan beliau menyinggung perasaan.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi, bukan mewakili parti,” katanya.

Terdahulu tular video Latiff mengulas tentang Umno Sabah dan penghijrahan ke PPBM dalam suatu forum.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker