K’jaan PN pertimbang kembalikan jajaran asal laluan ECRL – Laporan

Share

Di bawah BN jajaran ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebelum menuju ke Selangor melalui Gombak dan ke Serendah serta Pelabuhan Klang.

Walau bagaimanapun, jajaran semula yang dicadangkan pentadbiran PH tidak lagi akan melalui Bentong dan Gombak.

Putrajaya sedang membincangkan kemungkinan mengembalikan jajaran projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada cadangan pertama di bawah kerajaan BN, menurut mingguan perniagaan The Edge Malaysia.

Laporan itu, yang memetik seorang pegawai di Malaysia Rail Link Sdn Bhd, yang merupakan pemilik projek, berkata pengembalian semula cadangan asal itu terutama melibatkan Bahagian C, iaitu bahagian di Lembah Klang yang menghubungkan ke Pelabuhan Klang.

“Cadangan itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat majlis kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini,” kata sumber itu.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya telah memutuskan untuk menjajarkan semula laluan ECRL atas alasan memberi keutamaan kepada faktor kebudayaan, warisan dan alam sekitar.

Perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad berkata, jajaran semula itu mengelakkan Rabung Kuarzit Klang Gates di Gombak Selangor, khazanah alam semulajadi rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.

Terowong 17.8 km

Di bawah jajaran asal, ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebelum menuju ke Selangor melalui Gombak dan ke Serendah serta Pelabuhan Klang.

Walau bagaimanapun, jajaran semula yang dicadangkan pentadbiran PH tidak lagi akan melalui Bentong dan Gombak.

Sebaliknya, ia menuju selatan melalui Mentakab ke Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum memasuki Selangor melalui Bangi/ Kajang dan kemudian menuju ke Putrajaya Sentral dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.

Mengikut jajaran lama, Terowong Genting sepatutnya dibina sejauh 17.8km bagi menghubungkan kawasan Bentong dan Gombak.

Dengan beberapa perubahan, termasuk pengurangan stesen dari 24 ke 20, maka kos projek itu telah dikurangkan pentadbiran PH daripada RM66.5 bilion kepada RM44 bilion.

Laporan The Edge Malaysia pula difahamkan cadangan mengembalikan jajaran laluan ECRL kepada cadangan kerajaan BN itu dikemukakan oleh Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Wee memberitahu mingguan perniagaan itu bahawa penjajaran semula yang dibuat oleh kerajaan PH sebelumnya itu “bukanlah penjajaran tetap, sebaliknya sekadar cadangan.”

Oleh demikian, Wee dipetik berkata kerajaan Perikatan Nasional sedang menilai kemungkinan pilihan yang ada.

Mkini

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!