Mat Tarzan ditahan polis tanam pokok “buluh”?
Berani tanam pokok ganja di halaman rumah!
Seorang suspek yang memberi helah ‘tidak tahu pokok tanamannya adalah pokok ganja’, akhirnya ditahan pihak polis yang menyerbu rumahnya di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, pada Rabu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, ketika ditahan penganggur berusia 38 tahun itu memberi alasan dia menyangkakan tanamannya itu adalah pokok buluh.
Bagaimanapun sebaik sahaja disoal siasat, dia mengakui menanam sendiri pokok ganja itu untuk kegunaan sendiri.
Pokok ganja subur di halaman rumah, ‘Mat Tarzan’ beri alasan itu disangka pokok buluh
Antara pokok ganja yang dirampas dari kediaman suspek. – Astro AWANI
Jelas Mohd Redzuan, hasil pemeriksaan polis menemui empat pokok ganja yang ditanam di hadapan rumah berkenaan.
Kesemua pokok ganja itu kemudiannya dirampas untuk siasatan lanjut.
Hasil semakan juga mendapati suspek yang dikenali dengan panggilan ‘Mat Tarzan’ itu mempunyai satu rekod kes lampau melibatkan dadah.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif ganja.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1) ADB 1952.
Katanya polis sedang menyiasat dari mana suspek mendapat benih pokok ganja itu.
Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut.
Awani
Mat Tarzan ditahan polis tanam pokok “buluh”?
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.