Aktiviti ziarah hanya pada hari raya pertama

Aktiviti ziarah-menziarahi pada hari perayaan hanya dihadkan pada hari pertama sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti itu juga hanya terhad kepada 20 orang sahaja pada hari tersebut terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

“Prosedur operasi standard (SOP) perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja dan tidak boleh pada hari kedua serta seterusnya.

“Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam. Hanya 20 orang sahaja pada hari tersebut,” katanya pada pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.



Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker