Terpengaruh video YouTube, kanak-kanak panjat bumbung cari ayam

Anak bekas finalis pertandingan Puteri Indonesia 2018, Firsi Alda Feligia menjadi perhatian netizen  baru-baru ini selepas dia memanjat ke atas bumbung rumah tiga tingkat kerana mahu mencari ayam, lapor laman berita Republika.

Kanak-kanak bernama Nathan Aqshel Flynn itu dikatakan mencari ayam seperti watak yang sering ditontonnya dalam sebuah lagu kanak-kanak di platform perkongsian video, YouTube.

Lagu tersebut berjudul ‘Bortolito-Kids Songs & Nursery Rhymes’ dan disiarkan di saluran YouTube, The Children’s Kingdom Nursery Rhymes. Ia memaparkan aksi ayam jantan melompat di atas bumbung rumah.



Menurut Firsi, ketika kejadian, mereka sekeluarga gempar kerana Nathan hilang dan gagal dikesan.

Namun, selepas mendengar tangisan kanak-kanak itu, mereka berjaya menemuinya sedang berdiri di atas bumbung rumah setinggi tiga tingkat.

Firsi turut menunjukkan ketinggian bumbung rumah tersebut sambil berkata, dia sukar mempercayai bagaimana anaknya boleh memanjat sendiri.

“Dia naik ke atas sendiri. Ia amat tinggi dan bahaya,” ujarnya.



Tambah Firsi, selepas suaminya berjaya membawa turun Nathan, dia bertanya kepada kanak-kanak itu tujuan dia memanjat bumbung.

“Katanya, dia mahu bertemu dengan ayam kerana menurutnya, setiap bumbung rumah pasti ada ayam,” jelas Firsi pada hantarannya di platform Instagram.

Firsi turut mengingatkan orang ramai agar memantau aktiviti tontonan anak-anak mereka yang masih kecil kerana menurutnya, imaginasi kanak-kanak ada masanya berbahaya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker