SPRM Ingat Tuhan Sama

oleh Ab Jalil Backer

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang bagi menekan musuh politik PH.

Menurut SPRM “Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.”

Tangkapan dan pertuduhan ini dibuat selepas PH kalah dalam PRK Kimanis menunjukkan ada unsur menekan parti pembangkang.

Lebih serius ini merupakan penyalahgunaan proses undang-undang kerana kedua-dua mereka telah berhadapan saman sivil SPRM dalam isu yang sama.

Rakyat melihat Ini satu kerja kotor dan tidak profesional SPRM.

Kedua-dua mereka tidak sepatutnya didakwa di bawah AMLA kerana mereka menerima wang dari sumber yang sah iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Tidak timbul isu Najib Razak mencuri atau tidak kerana ia merupakan perbuatan di luar pengetahuan mereka.

Pada masa mereka menerima wang tersebut Najib Razak bukanlah individu yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram mahu pun kegiatan keganasan.

Namun yang lebih penting kenapa proses mencari keadilan harus dibuat dalam keadaan hendak menindas dan menganiaya pihak yang tidak berkuasa?

Kita mahu SPRM melaksanakan tugas dengan cemerlang namun jangan sampai tampak seperti menganiaya orang yang tidak menyokong kerajaan.

Jika tidak takut pembalasan dunia kalau PH kalah nanti pun ingatlah sama kepada Tuhan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker