Bailout Tabung Haji : TH musnah kerana propaganda PH

Tahukah siapa yang bertanggung jawab atas kejatuhan nilai Tabung Haji sehingga kerajaan PH kata mereka perlu gunakan RM17.8 bilion untuk bail-out?

Saya kongsikan semula.

Sebenarnya, propaganda PH pada suku ke-4 tahun lepas untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kemusnahan kepada TH.

(Ini seperti langkah Guan Eng umumkan hutang Malaysia tiba-tiba jadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.)



Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya.

Menteri Jaga Agama pun menjadi “hero” masa itu untuk memburuk-burukkan situasi Tabung Haji – seolah-olah BN telah jahanamkan TH sehingga TH perlu jual saham mereka untuk elak bankrap.

Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH ini dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah yang akan membahayakan TH.

Saya terbukti betul kerana pada 14 Disember 2018, media bisness melaporkan bahawa para pelabur telah mula menyebarkan satu senarai dengan saham-saham yang dimilik oleh TH supaya mereka senang untuk menjual secara lambak.



14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji
https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

““Investors will be very cautious. There are lists going down. We ourselves circulated a list of counters that are substantially owned by TH. People want to sell before TH sells”

Oleh itu, semua pelabur pun jual saham-saham tersebut dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH terus jatuh sebelum TH ada peluang untuk jual.



Sampai masa TH jual, nilai saham yang dimilik mereka sudah jatuh teruk kerana semua pelabur-pelabur lain sudah jual sebelum TH jual.

Akibatnya, TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018 dan terus turun lagi pada suku pertama tahun 2019 dalam keadaan pasaran saham kita yang menjadi paling corot dalam dunia.

Oleh itu, defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 yang mula-mula PH tuduh kita terlebih bayar dividen menjadi defisit yang memerlukan kerajaan PH memerlukan RM17.8 bilion wang Rakyat untuk bail-out.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.



Ini memaksa TH untuk menjual lagi saham untuk menebus caruman yang ditarik keluar walaupun dalam pasaran saham paling corot dalam dunia dan nilai saham yang dimilik TH sudah menjunam.

Berpuluh tahun BN jaga TH dan membayar Hibah tinggi, tak pernah berlaku situasi seperti ini sehingga memerlukan bailout puluhan bilion.

Sekali lagi, ini membuktikan bahawa kerajaan PH suka membuat benda yang akhirnya menyusahkan Rakyat.

Tetapi PH akan salahkan BN juga untuk bail-out RM17.8 bilion ini walaupun ianya jelas adalah angkara dan propaganda tidak cerdik mereka.



Dan itulah sebab PH tidak akan berani buat RCI untuk Tabung Haji walaupun tuduh BN curi berpuluh bilion dari TH kerana mereka takut akan dikantoikan menipu lagi seperti dalam kes “BN rompak RM19.4 bilion wang GST”.

PH tidak mahu Rakyat tahu bahawa TH musnah kerana mainan propaganda menipu mereka.

Dari FB Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker