Anugerah pangkat tentera kepada ahli politik – Mat Sabu mudah lupa

Pada 19 April 2019, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disanjung ramai apabila Kementerian Pertahanan memutuskan untuk menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti.

“Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam ia perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik,” kata Mohamad Sabu.

Artikel di Malaysiakini setakat ini telah dikongsi sebanyak 21.3 ribu pengguna media sosial.

https://www.malaysiakini.com/news/472887



Hebat!

Tapi disangka panas sampai petang, rupanya hujan di tengahari.

Hari ini, 23 Julai 2019, orang yang sama iaitu Mohamad Sabu dilihat sedang menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari dan Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari.

Amirudin bukan calang-calang pemimpin, beliau merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Selangor!



Manakala Adly pula pemimpin parti Amanah di Melaka. Presiden parti Amanah ialah Mohamad Sabu!

#MatSabuMudahLupa

Dari FB Wee Ka Siong

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker