Pas perlu umum pendirian elak persengketaan

Pas perlu umum pendirian elak persengketaan

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan agar Pas membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pendirian itu perlu dinyatakan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan antara dua parti itu kelak.

“Saranan ini wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada pilihan raya umum tersebut jika kedua-dua MN dan PN membuat keputusan untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang sama.

Jelasnya, di Pahang, seperti mana diperakui sendiri oleh Pesuruhjaya Pas Negeri, Ustaz Rosli Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu, kedua-dua pilihannya ialah MN yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“MN juga telah diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini, demi kejayaan cemerlang menghadapi PRU-15.

Justeru Wan Rosdy berharap agar Pas Pusat dapat turut membuat pendiriannya seperti mana saranan Mohamad.

Tindakan ini juga dapat mengelak timbul kekeliruan dan perasaaan syak-wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO, malah saya percaya, juga dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri,” katanya

Terdahulu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu menjelaskan pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU-15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

Jelasnya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk pada peringkat DUN dan menyatakan keputusan serta pendirian jika mahu bersama UMNO. MG

Pas perlu umum pendirian elak persengketaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker