Bossku bukan saya, tetapi rakyat! – Najib

Share


8Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan panggilan ‘bossku’ bukan merujuk kepada dirinya, sebaliknya merujuk kepada rakyat.

Mengulas lanjut, katanya, slogan yang berbunyi ‘malu apa bossku’ itu bukan bererti tidak perlu malu, sebaliknya mensyukuri kepada nikmat yang ada.

“Saya nak beritahu bossku apa maknanya. Bossku ni di Sabah maknanya kawanku. Bila kata bossku, saya ingatkan diri saya bahawa bos adalah rakyat. Bila kata bossku, bukan bererti bos sebenar. Rakyat jadi bos kita.

“Pemimpin Barisan Nasional (BN) mesti sedar rakyat adalah bos kita. Jangan kita sombong. Jangan ego. Mesti faham bahawa rakyat akan tentukan masa depan kita. Bila kita ada ucapan malu apa bossku, malu apa tu bukannya makna tak ada rasa malu. Kalau kita ada kereta kecil pun kita tak patut rasa malu. Kita bersyukur atas apa yang kita dapat dalam tangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin pada ceramah BN di Pusat Daerah Mengundi Bandar Rinching, di sini malam ini.

Tambah Najib, beliau berasa bangga sebab mendapat sokongan luar biasa.

“Masa saya jadi Perdana Menteri tak macam ni. Saya pun pening. Patutnya jadi perdana menteri dapat hebat sokongan, tapi tak jadi Perdana Menteri lagi hebat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *