Kerajaan PH teruskan agenda jual aset negara yang dikumpul BN – Najib

Share

Kerajaan PH telah meneruskan agenda mereka untuk jual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN.

IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion.

Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dua minggu dahulu dengan harga RM1.65 bilion.

Kini, lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina.

Minggu lepas, 40 juta saham telah dijual dengan harga RM415 juta. Ada lagi 30 juta belum dijual lagi.

Khazanah telah membeli 70 juta saham dalam bank ini pada tahun 2014 dengan harga RM580 juta.

Ini bermaksud, Khazanah telah untung RM150 juta sejak membeli kepentingan ini pada tahun 2014.

Media antarabangsa juga melaporkan bahawa penjualan ini kepada pembeli yang tidak dinamakan ialah RM24 juta ataupun 5.4% di bawah harga pasaran.

Semasa saya pengerusi, Khazanah ingin menolong Bank CIMB untuk bertapak di Filipina.

CIMB sudah berkembang operasi mereka ke kebanyakan negara di ASEAN tetapi belum lagi ke Filipina.

Kini saya diberitahu bahawa kepentingan Khazanah dalam CIMB juga antara aset yang akan dikurangkan dan dijual tidak lama lagi.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta

Najib Razak

Leave a Reply