Pendakwaan bekas Menteri Besar Perlis, kerajaan tak campur tangan

 

 

 



 

 

 

 



Kerajaan tidak pernah campur tangan berhubung urusan mahupun pendakwaan di mahkamah termasuk pendakwaan yang sedang dihadapi Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan itu berlaku susulan tindakan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menyiasat perkara berkenaan.

“Yang paling akhir (penyelewengan), mantan Menteri Besar Perlis. Bukan saya yang buat laporan kepada SPRM atau polis.

“Sebaliknya saya bagi arahan kerajaan sekarang ini, saya hendak selamatkan negara kita daripada pemimpin-pemimpin yang kayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri, itu tekad saya,” katanya, di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 orang ketika hadir dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di Masjid Ittihadiah, Manjoi, di sini.

Menurut Anwar, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan penyelewengan termasuk rasuah.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak gentar dalam berdepan dengan mana-mana pihak yang mahu menentangnya dalam usaha melawan penyelewengan dan rasuah.

“Susah senang saya hadapi. Kalau orang nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan tetapi saya tidak akan tolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa serta negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.



“Saya arah SPRM apa? Ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah terutamanya setelah kita bagi amaran, dibuatnya juga.

“Ini termasuk dengan pimpinan yang ada dalam kerajaan. Baik dalam kalangan menteri di kabinet atau pimpinan di kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan tunai daripada Yayasan Insaf dan G Capital kepada 200 anak-anak yatim

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker