UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid

UMNO ikrar bantu Ismail Sabri pastikan kelancaran pentadbiran kerajaan

UMNO menegaskan pendiriannya menyokong pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu juga akan membantu Ismail Sabri bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan.



Beliau turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera ke jawatan berkenaan.

“UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi dalam pelbagai cabang kerajaan. Ia termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik serta Akta Anti Lompat Parti.

“Selain itu, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di ibu pejabatnya di Menara Dato’ Onn di sini, malam tadi.

Mesyuarat Khas MKT UMNO itu diadakan selepas dua kali ditangguhkan, selain muncul sebagai mesyuarat pertama dihadiri Ismail Sabri selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan, pada 21 Ogos lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ismail Sabri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin.



Selain itu, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan.

Ahmad Zahid berkata, beberapa panduan utama turut dibincangkan dan dipersetujui bersama Ismail Sabri, antaranya menyahut titah saranan Agong untuk bekerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi menangani kemelut ekonomi, pandemik COVID-19 dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan baharu perlu segera fokus kepada usaha menangani pandemik COVID-19 dan proses vaksinasi supaya mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat virus terbabit.

Beliau berkata, kerajaan perlu menyantuni kehendak serta tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan, termasuk penambahbaikan pakej bantuan rakyat, moratorium tanpa faedah terakru dan bantuan lain.



“Kerajaan terus menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan pentadbiran ini adalah kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Kerajaan juga hendaklah mempertahan peranan dan sistem Demokrasi Berparlimen sebagai wahana semak dan imbang kepada kerajaan.

“Selain itu, penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara serta kehakiman dan keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara,” katanya. BH

UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid



TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker