Provokasi pesawat pejuang China hampir belanggar dengan pesawat pengebom AS

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam berkata sebuah jet China hampir berlanggar dengan pesawat pengebom B-52 miliknya di Laut China Selatan, awal minggu ini.

Washington menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan semakin berisiko oleh pesawat tentera China.

Tentera AS, dalam kenyataan Selasa lalu, berkata jet J-11 milik China menghampiri dalam jarak tiga meter daripada pesawat B-52.



“Semasa pintasan, juruterbang China terbang secara tak selamat dan tidak profesional, menunjukkan kemahiran udara yang lemah serta menghampiri pada kelajuan melampau.

“Pesawat China juga terbang di bawah dan hadapan dalam jarak tiga meter daripada B-52, menyebabkan kedua-dua pesawat berisiko untuk berlanggar.

“Kita khuatir juj-11ruterbang ini tidak sedar jaraknya yang mampu mengakibatkan perlanggaran,” tambahnya.

Pentagon, awal bulan ini, berkata pesawat tentera China melakukan hampir 200 penerbangan berhampiran pesawat AS, sejak 2021.



Kementerian Pertahanan China minggu lalu, menyifatkan dakwaan Pentagon berhubung tenteranya membuat pintasan udara ‘berisiko dan secara paksa’ sebagai fitnah dirancang ke atas China dengan motif politik tersembunyi.

Hubungan China-AS tegang dan pergeseran antara dua ekonomi terbesar dunia itu berlaku dalam banyak perkara, namun Washington berhasrat memulihkan komunikasi ketenteraan dengan China.

Menteri Luar China, Wang Yi, memulakan lawatan ke Washington semalam, ketika AS dan China berusaha menguruskan perbezaan strategik dan membuka jalan bagi sidang kemuncak yang dijangka antara Presiden Joe Biden dan rakan sejawatannya Xi Jinping. – REUTERS



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker