MAHATHIR GAGAL JAWAB ISU 2.6 BILLION

Wartawan BBC Hardtalk telah bertanya kepada Tun M tentang dakwaan korupsi 2.6 billion terhadap DS Najib Razak.

Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?

Tun berkata, itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia.

Wartawan tersebut kemudian berkata, “Bagaimana anda tahu?”

Jawapan Tun adalah, “Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu.”

Wartawan itu bertanya lagi, “Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?”

Tun kata, “Well…Jika Saudi ada memberikan Najib wang…pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib.”

DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah. Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib.

Kemudian Tun M tambah lagi…Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu (2.6 billion) untuk disumbangkan kepada Najib.
Ya Rabbi…semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa.

Namun…Tun kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu, Apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi. Beliau hanya spin dan spin.

5 thoughts on “MAHATHIR GAGAL JAWAB ISU 2.6 BILLION

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.