Kenapa Akaun Menteri PH Tak Di Bekukan Walau Sah Terima Duit Dari Najib

29 Jun lepas, SPRM dan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan siasatan 1MDB…

Antara akaun yg di bekukan termasuk akaun milik UMNO Pusat, UMNO negeri, individu, persatuan, syarikat dan beberapa organisasi termasuk parti komponen BN, MCA, MIC, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang di kaitkan dari dana 1MDB melalui akaun peribadi Dato’ Sri Najib Razak…

Malaysiakini dalam dalam satu lapuran sebelum ini dedahkan senarai transaksi penerima sebahagian kecil dan tertumpu kepada waktu PRU 2013…

Bagaimanapun dalam pendakwaan terpilih pada Dato’ Sri Najib 20 September lalu di dakwa dengan 4 pertuduhan :
Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM3.5 bilion.
Namun Datuk Seri Najib mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan di bawah seksyen 23 AMLA…

VK Liew Menteri Undang2 Terima Dana Yang Di Kait 1MDB Tidak Di Siasat SPRM

Tapi satu perkara yang menarik, alasan kenapa Datuk Liew Vui Keong (VK Liew), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) berdiam diri mengenai siasatan kes dana 1MDB atau derma RM2.6 bilion ke akaun Najib terjawab bila dia sebenarnya adalah salah seorang penerima dana itu berjumlah RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013…

Liew adalah bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam mantan kerajaan BN, bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 hingga 2013…

Liew ialah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 dan menjadi Anggota Parlimen Sandakan lepas menang dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU12 atas tiket Barisan Nasional (BN)…

Tapi usahanya untuk pertahankan kerusi itu pada PRU13 gagal setelah tewas kepada calon DAP Stephen Wong Tien Fatt…

2014 Liew tersepit dalam kemelut perebutan jawatan presiden LDP hingga di singkirkan dan di gantikan dengan Datuk Teo Chee Kang sebagai presiden parti…

Bagaimanapun Liew menang semula di kerusi Parlimen Batu Sapi apabila menyertai Parti Warisan pada PRU14…

Persoalannya kenapa tiada sesiapa mengungkit mengenai dana yang di terima VK Liew dari akaun Najib dan 1MDB…

Adakah kerana selepas VK Liew menyertai Warisan dan sekarang jadi Menteri kerajaan PH maka beliau sudah di sucikan oleh sebagaimana Lim Guan Eng dan Shafie Apdal!!!

sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2018/10/1mdb-kenapa-akaun-menteri-ph-tak-di.html?m=1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker