Polis siasat motif 9 paku dipacakkan di atas bahu jalan

Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.

“Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.



“Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

“Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker