Noraini bidas Annuar Musa

Noraini bidas Annuar Musa

Noraini bidas Annuar Musa

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menolak andaian kononnya ramai ahli Umno akan keluar daripada parti itu kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Ahad lepas.

Sebaliknya beliau berkata kemasukan pemimpin DAP ke dewan itu perlu dilihat secara positif khususnya dalam konteks pembentukan Kerajaan Perpaduan yang kini mengemudi negara.

“Insya-Allah tiada (ahli Umno keluar parti). Kita kena gunakan kekuatan parti masing-masing. Macam Umno, ada kekuatan sendiri, Pakatan Harapan ada kekuatan sendiri.

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) ada kekuatan sendiri, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) pun ada. Kita jangan tengok yang negatif, kita tengok yang positif, “ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 2023 di ibu pejabat RISDA di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan lebih ramai ahli Umno akan menolak parti itu selepas Dewan Merdeka dimasuki pemimpin DAP.


Baca Artikel Menarik:

PAS tolak pinangan DAP, mahu kekal ‘terjun’ bersama Abah


Dewan Merdeka dianggap sebagai lokasi istimewa bagi ahli Umno yang juga merupakan tempat berlangsungnya perhimpunan agung parti itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker