Penerbit Gadis Jolobu The Movie tak ‘koyak’, cuma tuntut keadilan

Penerbit Gadis Jolobu The Movie tak ‘koyak’, cuma tuntut keadilan

Penerbit filem Gadis Jolobu The Movie, Saraleana Nattaya Azmi mengesahkan sudah menyerahkan surat tuntutan Letter of Demand (LOD) kepada YouTuber yang didakwa memfitnah filem terbitannya itu pada 11 Ogos lalu.

Saraleana yang juga pengasas bersama Zebra Studio berkata, pihaknya kini sedang menunggu proses perundangan seterusnya selepas menerima surat balasan daripada peguam YouTuber terbabit.



“Kami memandang serius tuduhan dilemparkan YouTuber itu yang jelas memfitnah kandungan filem Gadis Jolobu The Movie yang dikaitkan dengan unsur lucah dan memburukkan adat serta budaya Minangkabau.

“Tuduhan berkenaan nyata menghentam dan bukan mengkritik dari sudut konstruktif. Jika memberi ulasan secara membina dan ilmiah, kami boleh terima, tiada masalah.

“Setakat ini, peguam sudah memaklumkan sudah menerima surat balasan pada 17 Ogos lalu. Kini, kami hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada peguam masing-masing.

“Itu saja yang boleh dikongsikan. Kes berada di peringkat awal proses mahkamah,” katanya.



Terdahulu, seorang YouTuber memuat naik komen mengundang kecaman dalam laman sosial dan menyifatkan filem Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor sebuah karya ‘infinity shit’.

Gadis Jolobu The Movie yang juga projek terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan bintang baharu, Ahirine Ahirudin menemui penonton di pawagam pada 4 Ogos lalu.

Saraleana berkata, dia menafikan tidak boleh menerima kritikan atau ‘koyak’, sebaliknya hanya menuntut keadilan.

“Saya cuma mahukan keadilan. Saya bukan penerbit tiada etika dalam berkarya. Jika filem Gadis Jolobu The Movie berunsur lucah dan merosakkan adat Minangkabau, sudah tentu tidak melepasi tapisan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendapat PG13.



“Saya sedia maklum ada beberapa penerbit mengadu mengenai YouTuber berkenaan, tetapi tidak memanjangkan isu ke peringkat undang-undang.

“Saya tidak ‘koyak’, tetapi apa yang dilakukan lebih kepada memikirkan keadilan dan nasib penerbit baru lain sekiranya perkara sama berlaku kepada mereka.

“Sekiranya apa yang saya lakukan ini boleh membantu industri filem, saya terus cuba berjuang,” katanya.

Menurut Saraleana, tindakan diambil bukan disebabkan kutipan filem terjejas sebaliknya karya terbabit mensasarkan ke pasaran antarabangsa.



“Bercakap soal kutipan, kami memang tak fokus kutipan di Malaysia saja. Ini kerana, filem Gadis Jolobu The Movie lebih tertumpu ke pasaran antarabangsa seperti China, Filipina, Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Lagipun penonton tempatan belum sepenuhnya ke panggung. Malah, filem ini juga tidak boleh disamakan dengan kutipan filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang lebih sensasi kerana filem kami mengangkat dialek Negeri Sembilan dan Adat Pepatih,” katanya.

Dalam pada itu, pengarahnya, CL Hor berkata, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton di platform Over-The-Top (OTT), Get Play bermula 26 Ogos ini.

“Get Play adalah konsep terbaru yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang.



“Secara ringkasnya, Get Play turut berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan dan mengembangkan karya tempatan ke seluruh dunia.

“Sebagai permulaan, setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan,” katanya. HM

Penerbit Gadis Jolobu The Movie tak ‘koyak’, cuma tuntut keadilan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker