Baki jemaah umrah tunggu Imam Mahdi selamat dibawa pulang

Baki jemaah umrah tunggu Imam Mahdi selamat dibawa pulang

Seramai 23 lagi jemaah umrah rakyat negara ini yang terkandas di Arab Saudi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH8023 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.



“Mereka berlepas pada pukul 11.33 malam semalam (4.33 pagi waktu Malaysia) dan selamat mendarat pukul 1.21 tengah hari tadi,” kata kenyataan itu.

Katanya, kerajaan Malaysia berjaya membawa pulang kesemua 63 jemaah umrah yang terkandas di negara itu sejak Jun lalu.

Kumpulan pertama seramai 36 orang sudah tiba pada 4 November lalu, manakala kumpulan kedua seramai empat orang tiba pada 7 November lalu.

Pada 8 Oktober lalu, Wisma Putra menyelaraskan usaha penghantaran balik kumpulan jemaah umrah dari satu gerakan tarekat yang berpusat di Negeri Sembilan.



Kumpulan itu yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak itu merupakan pengikut kumpulan Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah yang tiba di Arab Saudi pada Mac lalu.

Gerakan itu dipercayai konon merancang untuk menunggu kemunculan Imam Mahdi di Arafah pada hari wukuf lalu, namun hampa apabila langsung tidak dibawa ke Mekah.

Mengulas lebih lanjut, Wisma Putra berkata, penyelarasan turut dilakukan bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dengan kerjasama Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah. K Online

Baki jemaah umrah tunggu Imam Mahdi selamat dibawa pulang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker